Pengenalan

Rajah di bawah merupakan senarai alamat laman-laman web yang berkaitan dengan tajuk Ibadah Puasa. Namun tidak semua laman-laman web tersebut sesuai dan menepati kehendak yang boleh digunakan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran kepada pelajar.

Aspek-aspek yang di nilai terhadap laman-laman web berikut berdasarkan kriteria standard pemikiran Paul (1995). Beliau menyenaraikan sembilan kriteria yang boleh di jadikan asas dalam menilai penaakulan atau hasil pemikiran seseorang. Berdasarkan standard pemikiran Paul inilah yang dijadikan asas bagi saya untuk menilai laman-laman web yang di perolehi untuk di jadikan garis panduan dalam mencari laman web yang sesuai untuk proses pengajaran dan pegajaran kepada pelajar.

Di sini saya lakarkan jadual untuk memudahkan pemahaman semua dalam menilai laman-laman tersebut. Akhir sekali, andai terdapat kesilapan dalam menganalisis laman web ini, saya memohon beribu kemaafan terhadap mana-mana pihak. dan harap di maafkan. Sebagai manusia biasa, saya juga tidak sepi dari melakukan kesilapan. Sebarang teguran dan pandangan boleh diutarakan terus dalam laman utama blog ini.

Wallahhu'alam

Analisis Web 1-10

1. http://www.e-zakat.com.my/baru/ibadah/puasa.asp



Rajah 1


Pemilik:

Lembaga Zakat Selangor


Hubungan Dengan Tajuk:

Laman web ini memaparkan beberapa persolan berkaitan Ibadah. Antaranya ialah Ibadah Puasa. Antara kandungan berkaitan Ibadah Puasa yang di muatkan ialah pengertian puasa, rukun puasa, syarat wajib dan sah, perkara sunat berpuasa, perkara yang membatalkan, fadhilat puasa dan lailatul qadar.


Ulasan / Komen :

Laman web ini memenuhi 6 daripada 10 kriteria mengikut standard pemikiran seperti yang di tunjukkan pada rajah 1 di atas. Manakala 4 kriteria yang kurang memenuhi aspek yang di nilai terhadap web ini iaitu kejelasan, keterperincian, mendalam dan luas.


Laman web ini kurang memenuhi dari aspek kejelasan kerana kandungannya hanya di jelaskan secara umum, pembaca sukar untuk memahami kerana tiada contoh-contoh dan huraian.Bagi aspek keterperincian pula kerana maklumat berkaitan ibadah Puasa yang di paparkan kurang di perjelaskan secara terperinci, tiada huraian pada isi atau point yang di terangkan. Dari aspek mendalam pula kerana pengarang tidak mendatangkan penjelasan dengan sokongan dalil berasaskan al-Quran atau Sunnah yang menyebabkan ada sedikit kekurangan pada laman pengarang.. Akhir sekali aspek yang kurang memenuhi web ini ialah luas iaitu tiada maklumat yang banyak berkaitan puasa yang di paparkan, hanya berfokuskan persoalan puasa secara umum.


2. http://www.geocities.com/pgssajkm/puasa.htm




Rajah 2


Pemilik:

Tidak di nyatakan


Hubungan Dengan Tajuk:

Laman web ini memaparkan beberapa persolan berkaitan Ibadah Puasa. Antaranya ialah pengertian puasa, jenis-jenis puasa, syarat-syarat, qada’, kafarah, fidyah dan lain-lain lagi.


Ulasan / Komen :

Laman web ini memenuhi 6 daripada 10 kriteria mengikut standard pemikiran seperti yang di tunjukkan pada rajah 2 di atas. Manakala 4 kriteria yang kurang memenuhi aspek yang di nilai terhadap web ini iaitu kejelasan, keterperincian, mendalam dan luas.


Laman web ini kurang memenuhi dari aspek kejelasan kerana kandungannya hanya di jelaskan secara umum, pembaca sukar untuk memahami kerana tiada contoh-contoh dan huraian.Web ini kurang memenuhi dari aspek keterperincian kerana maklumat berkaitan ibadah Puasa yang di paparkan tidak di perjelaskan secara terperinci, tiada huraian pada isi atau point yang di terangkan. Dari aspek mendalam pula kerana kandungan yang di paparkan tidak ada huraian berserta contoh serta sokongan daripada dalil-dalil al-Quran.. Akhir sekali aspek yang kurang memenuhi web ini ialah luas iaitu tiada maklumat yang banyak berkaitan puasa yang di paparkan, hanya berfokuskan persoalan puasa secara umum.


3. http://asysyariah.com/syariah.php?menu=detil&id_online=295




Rajah 3

Pemilik:

Laman web ini di bawah Penerbit OASE MEDIA dan penasihatnya ialah Al-Ustadz Luqman Ba'abduh dan Al-Ustadz Muhammad Umar As Sewed.


Hubungan Dengan Tajuk:

Laman web ini merupakan Direktori Asysyariah online. Kita boleh mencari artikel dengan memasukkan keyword pada direktori pencarian. Terdapat beberapa artikel berkaitan dengan ibadah puasa seperti Adab-adab berpuasa, Puasa sekadar tidak menahan makan dan minum, Hukum ringkas puasa Ramadhan dan lain-lain lagi.


Ulasan / Komen :

Laman web ini memenuhi kesepuluh kriteria standard pemikiran seperti yang di tunjukkan pada rajah 3.. Isi kandungan web ini jelas dan mudah di fahami, terdapat huraian bagi isi-isi atau point yang di terangkan, mempunyai unsur luas dan mendalam dengan sokongan dalil-dalil al-Quran serta contoh-contoh. Penggunaan grafik yang menarik dan memudahkan pembaca untuk mencari maklumat mengenai sesuatu tajuk. Web ini sesuai untuk di gunakan oleh pelajar.


4. .http://www.darulfuqaha.com/index.php



Rajah 4


Pemilik:

Al-Fadhil Al-Ust Mohd Khairuddin Aman Razali At-Takiri


Hubungan Dengan Tajuk:

Terdapat beberapa topik berkaitan dengan ibadah Puasa di dalam laman web ini. Contohnya artikel yang bertajuk Penentuan Ramadhan, Amalan 10 malam akhir bulan ramadhan dan lain-lain lagi


Ulasan / Komen :

Laman web ini memenuhi kesepuluh kriteria standard pemikiran. Isi kandungan web ini jelas dan mudah di fahami, terdapat huraian bagi isi-isi atau point yang di terangkan, mempunyai unsur luas dan mendalam dengan sokongan dalil-dalil al-Quran serta contoh-contoh. Penggunaan grafik yang menarik dan memudahkan pembaca untuk mencari maklumat mengenai sesuatu tajuk. Web ini sesuai untuk digunakan oleh pelajar.


5. http://ms.wikipedia.org/wiki/Ibadat_puasa



Rajah 5

Pemilik:

Tidak di nyatakan


Hubungan Dengan Tajuk:

Laman web ini merupakan satu wikipedia bebas yang membicarakan perkara-perkara yang berkaitan dengan Ibadah puasa. Antaranya ialah Pengertian puasa, Hukum puasa, Syarat wajib puasa, Syarat sah puasa, Rukun puasa, Sunat puasa, Perkara yang membatalkan puasa, Mereka yang diizinkan berbuka dan Doa buka puasa.


Ulasan / Komen :

Laman web ini memenuhi kesepuluh kriteria standard pemikiran seperti yang di tunjukkan pada rajah 5. Cuma dari sudut siapa pengarangnya tidak diketahui menyebabkan pembaca tertanya-tanya siapa pengarangnya. Terdapat hiperteks dalam setiap isi kandungan yang di paparkan. Isi kandungannya jelas, tepat, terperinci, mendalam dan luas kerana dalam hiperteks itu akan menerangkan dengan lebih terperinci keyword yang kurang difahami. Web ini sesuai di gunakan oleh pelajar.


6. http://www.sabah.org.my/solat/artikel/puasa/mukadimmah.htm



Rajah 6


Pemilik:

Tidak dinaytakan. (Pengarang artikel di nyatakan dalam artikel masing-masing).


Hubungan Dengan Tajuk:

Terdapat 16 artikel di dalam laman web ini. Antaranya ialah artikel berkaitan Ibadah Puasa mengenai panduan puasa, kepentingan puasa, sunat-sunat puasa, soal jawab ramadhan dan lain-lain lagi.


Ulasan / Komen :

Laman web ini memenuhi 8 daripada 10 kriteria mengikut standard pemikiran seperti yang di tunjukkan pada rajah 6 di atas. Isi kandungan di perjelaskan secara terperinci dan lebih berkisar memberi kesedaran kepada pembaca. Manakala 2 kriteria yang kurang memenuhi aspek yang di nilai terhadap web ini ialah mendalam dan luas.


Laman web ini kurang memenuhi dari aspek mendalam kerana pengarang tidak mendatangkan penjelasan dengan sokongan dalil berasaskan al-Quran yang menyebabkan ada sedikit kekurangan pada laman pengarang.. Akhir sekali aspek yang kurang memenuhi web ini ialah luas iaitu tiada maklumat yang banyak berkaitan puasa yang di paparkan, hanya berfokuskan persoalan puasa secara umum bagi menyedarkan pembaca mengenai persoalan Ibadah Puasa.


7. http://www.e-bacaan.com/artikel_puasa.htm




Rajah 7


Pemilik:

Penulis bacaan (Tidak nyatakan nama secara terperinci)


Hubungan Dengan Tajuk:

Terdapat pelbagai artikel dalam laman web ini. Artikel yang berkaitan Ibadah puasa dalam web ini menceritakan amalan puasa dan manusia sejagat.


Ulasan / Komen :

Laman Web ini merupakan laman web penulis bacaan dan sesiapa pun boleh mengirimkan artikel dalam web ini. Web ini memenuhi 5 daripada 10 kriteria mengikut standard pemikiran seperti yang di tunjukkan pada rajah 7 di atas. Manakala 5 kriteria yang kurang memenuhi aspek yang di nilai terhadap web ini ialah kejelasan, keterperincian, mendalam, luas dan signifikan.


Laman web ini kurang memenuhi dari aspek kejelasan kerana kandungannya hanya di jelaskan secara umum, pembaca sukar untuk memahami kerana tiada contoh-contoh dan huraian. Ianya lebih mengfokuskan mengenai sejarah berkaitan puasa dan kurang sesuai untuk pembelajaran pelajar. Bagi aspek keterperincian pula kerana maklumat berkaitan ibadah Puasa yang di paparkan kurang di perjelaskan secara terperinci. Dari aspek mendalam dan luas pula, pengarang hanya menceritakan serba sedikit berkaitan puasa dan tidak menceritakan mengenai Ibadah Puasa secara menyeluruh berkaitan persoalan Ibadah Puasa. Akhir sekali ialah signifikan iaitu laman web ini kurang memberi kepentingan untuk di gunakan oleh guru dan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Namun ia sesuai untuk kepentingan orang awam membacanya.


8. http://www.pesantrenvirtual.com/



Rajah 8


Pemilik:

Jamiyyatushshibyan ( Ust. H. Abdullah Munawar, Kyai Daman, Ust. Aminuddin, S.Ag)


Hubungan Dengan Tajuk:

Terdapat beberapa topik berkaitan Ibadah Puasa di dalam laman web ini. Antaranya ialah iktikaf, Rukun Puasa, Perkara yang di bolehkan dalam Ramadhan dan lain-lain lagi.


Ulasan / Komen :

Laman web ini memenuhi kesepuluh kriteria standard pemikiran seperti yang di tunjukkan pada rajah 8.. Isi kandungan web ini jelas dan mudah di fahami, terdapat huraian bagi isi-isi atau point yang di terangkan, mempunyai unsur luas dan mendalam dengan sokongan dalil-dalil al-Quran serta contoh-contoh. Penggunaan grafik yang menarik dan memudahkan pembaca untuk mencari maklumat mengenai sesuatu tajuk. Web ini sesuai untuk di gunakan oleh pelajar.


9.http://akhwat.web.id/muslimah-salafiyah/2008/08/16/hukum-ringkas-puasa-ramadhan/



Rajah 9


Pemilik:

Akhwat.web.id dikelola di bawah naungan Yayasan Darussunnah Al-Islamy Yogyakarta dan Penasihatnya ialah Al Ustadz Nasrullah Abdul Karim, Lc.


Hubungan Dengan Tajuk:

Akhwat.web ini memuatkan beberapa artikel berkaitan Ibadah Puasa seperti Hukum Ringkas Puasa Ramadhan, Solat Terawih dan lain-lain lagi.


Ulasan / Komen :

Laman web ini memenuhi 8 daripada 10 kriteria mengikut standard pemikiran seperti yang di tunjukkan pada rajah 9 di atas. Web ini sangat menarik dari segi garafiknya memudahkan pembaca untuk mendapatkan maklumat. Cuma dalam laman web ini 2 kriteria yang kurang memenuhi aspek yang di nilai iaitu keterperincian dan luas.


Aspek keterperincian kurang memenuhi di dalam laman web ini kerana pengarang tidak menceritakan berkaitan Ibadah Puasa secara terperici. Manakala dari sudut luas pula ialah, pengarang hanya menyentuh beberapa persoalan sahaja yang berkaitan Ibadah Puasa dan tiada maklumat secara meluas berkaitan tajuk ini.


10. http://www.alsofwah.or.id/?pilih=lihathadits&id=88



Rajah 10


Pemilik:

Yayasan Al-Sofwa


Hubungan Dengan Tajuk:

Web ini memuatkan beberapa artikel berkaitan dengan puasa di dalam Tajuk besar Fatwa Seputar Puasa dan Kajian seputar Ramadhan. Di dalamnya memuatkan pelbagai tajuk berkaitan puasa seperti Ramadhan bersama al-Quran dan lain-lain lagi.


Ulasan / Komen :

Laman web ini memenuhi kesepuluh kriteria standard pemikiran seperti yang di tunjukkan pada rajah 10.. Isi kandungan web ini jelas dan mudah di fahami, terdapat huraian bagi isi-isi atau point yang di terangkan, mempunyai unsur luas dan mendalam dengan sokongan dalil-dalil al-Quran serta contoh-contoh. Penggunaan grafik yang menarik dan memudahkan pembaca untuk mencari maklumat mengenai sesuatu tajuk. Web ini sesuai untuk di gunakan oleh pelajar.


;;