Rumusan analisis


Rajah 1


Secara rumusannya, rajah 1 di atas menunjukkan peratusan analisis laman web mengikut semua kriteria daripada 50 analisis laman web. Peratusan tersebut di buat mengikut kriteria seperti penerangan berikut:


1. Kejelasan
  • Kejelasan di sini merujuk kepada sejauh mana laman web tersebut dapat di fahami dengan huraian dan penerangan yang jelas beserta contoh-contoh bagi mengukuhkan isi yang dikemukakan.
  • Setelah dianalisis, di dapati sebanyak 30 laman web yang menepati ciri ini iaitu dengan kadar 60%.
  • Separuh sahaja daripada 50 laman web menerangkan sesuatu maklumat dengan adanya huraian beserta contoh dan dapat di fahami dengan baik. Manakala 20 laman web lagi hanya terdapat point sahaja tanpa ada huraian bagi sesuatu topik dan tidak ada contoh.

2. Ketepatan
  • Ketepatan di sini bermaksud sesebuah laman web itu bebas dari ralat , isi kandungannya tepat dan boleh difahami dengan baik.
  • Setelah dianalisis, di dapati sebanyak 47 laman web yang menepati ciri ini iaitu dengan kadar 94%.
  • Kebanyakan laman web bebas dari ralat, tiada keraguan, dan sekiranya ada pun ia masih boleh di ambil kira.

3. Logik
  • Logik di sini bermaksud sesebuah laman web itu muhasabah isi kandungannya dan dapat diterima oleh akal.
  • Setelah dianalisis, di dapati semua laman web menepati ciri ini iaitu dengan kadar 100%.
  • Kebanyakan laman web muhasabah isi kandungannya dan dapat diterima oleh akal.

4. Relevan
  • Relevan di sini bermaksud sejauh mana sesebuah laman web itu itu relevan dengan isu yang di tangani dan boleh diterima.
  • Setelah dianalisis, di dapati semua laman web menepati ciri ini iaitu dengan kadar 100%.
  • Kebanyakan laman web ini mempunyai kerelevanan dengan isu yang di tangani dan boleh diterima.

5. Mendalam
  • Mendalam pula bermaksud sejauh mana sesebuah laman web itu mempunyai maklumat yang cukup dan mengambil kira semua kompleksiti berkaitan yang di taakul.
  • Setelah dianalisis, di dapati sebanyak 18 laman web yang menepati ciri ini iaitu dengan kadar 36%.
  • Manakala 32 laman web lagi tidak memenuhi kriteria ini. Kebanyakan laman web tidak mempunayai maklumat yang cukup berkaitan dengan isu yang ditangani dan tidak mengambil kira semua kompleksiti berkaitan yang di taakul.

6. Luas
  • Luas pula bermaksud sejauh mana kita telah memikirkan isu tersebut dari pelbagai sudut pandangan atau dilihat dari beberapa cara yang berbeza.
  • Setelah dianalisis, di dapati sebanyak 13 laman web yang menepati ciri ini iaitu dengan kadar 26%.
  • Manakala 37 laman web lagi tidak memenuhi kriteria ini kerana isi kandungannya tidak membincangkan pelbagai topik dan tidak meluas.

7.Adil
  • Adil di sini bermaksud sesebuah laman web itu bebas dari kepentingan peribadi atau bias kepada sesuatu pandangan tertentu atau berunsurkan politik.
  • Setelah dianalisis, di dapati sebanyak 48 laman web yang menepati ciri ini iaitu dengan kadar 96%.
  • Kebanyakan laman web ini bebas dari kepentingan peribadi atau bias kepada sesuatu pandangan tertentu sahaja.Manakala 2 laman web lagi tidak memenuhi kriteria ini kerana mempunayi kepentingan peribadi.

8. Keterperincian
  • Keterperincian pula bermaksud di dalam sesebuah laman web itu menerangkan sesuatu isu dengan terperinci dan mudah di fahami oleh pembaca.
  • Setelah dianalisis, di dapati sebanyak 20 laman web yang menepati ciri ini iaitu dengan kadar 40%.
  • Manakala 30 laman web lagi tidak memenuhi kriteria ini kerana tidak menghuraikan maklumat secara terperinci kerana tidak di sertakan dengan huraian yang jelas.

9. Signifikan
  • Signifikan pula bermaksud sesebuah laman web itu ada atau tidak kepentingan dari sudut yang di taakuli.
  • Setelah dianalisis, di dapati sebanyak 36 laman web yang menepati ciri ini iaitu dengan kadar 72%.
  • Manakala 14 laman web kurang memenuhi kriteria ini kerana penulis masih kabur terhadap penyampainya dan tidak mempunayi kepentingan dalam proses pengajaran dan pembelajaran

10. Hikmah
  • Hikmah pula bermaksud sesebuah laman web itu ada hikmah atau nilai seperti dengan sokongan dalil daripada dalil-dalil tertentu seperti al-quran dan al-sunnah.
  • Setelah dianalisis, di dapati sebanyak 47 laman web yang menepati ciri ini iaitu dengan kadar 94%.
  • Kebanyakan laman web ini adanya hikmah dan nilainya, serta terdapat sokongan dalil daripada dalil-dalil tertentu seperti al-quran dan al-sunnah bagi mengukuhkan penyampainya terhadap sesuatu perkara. Manakala 3 laman web lagi tidak memenuhi kriteria ini kerana isi kandunganya tidak disertakan sokongan daripada dalil-dalil tertentu bagi mengukuhkan hujahnya.

Berdasarkan kepada penilaian mengikut standard pemikiran di atas, laman-laman web yang memenuhi kesembilan kriteria ialah:


  • http://www.al-azim.com/masjid/ramadhan1429/home.htm

  • http://asysyariah.com/syariah.php?menu=detil&id_online=295

  • http://www.darulfuqaha.com/index.php

  • http://www.pesantrenvirtual.com/

  • http://www.alsofwah.or.id/?pilih=lihathadits&id=88

  • http://www.scribd.com/doc/6459949/Panduan-Ibadah-Ramadhan





  • http://www.masjidsiber.net/

0 Comments:

Post a Comment